语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Mencari Kejernihan Citra dan Ketepatan Perlambangan dalam Sajak Oleh: Lokman Hakim DALAM konteks sajak kanak-kanak atau sajak sekolah rendah, kecenderungan terhadap sajak berbentuk didaktik dan apresiatif sememangnya lazim kerana penulis masih bertumpu pada penyampaian emosi secara terus dan literal. Namun begitu, apabila dinilai dari sudut kekuatan estetik sajak, terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan citra, perlambangan dan kesan emosinya belum mencapai tahap yang benar-benar mendalam dan meyakinkan. Sajak “Pendidik Hebat Tunjang Pertiwi” memperlihatkan kekuatan pada aspek niat dan tema. Tema guru sebagai penyuluh bangsa sangat jelas dibina sejak awal melalui frasa “penyuluh minda” dan “menyalakan cahaya dalam jiwa”. Sajak ini juga mempunyai semangat sosial yang baik kerana ia mengangkat peranan guru pemulihan khas dan guru tunanetra, sesuatu yang jarang disentuh dalam sajak sekolah. Namun demikian, sajak ini terlalu bergantung pada bahasa abstrak dan frasa umum yang sudah terlalu kerap digunakan dalam sajak-sajak bertema pendidikan. Frasa seperti “anak bangsa”, “harapan tinggi”, “cahaya dalam jiwa”, “penuh percaya” dan “permata” ialah perlambangan yang sangat umum sehingga kehilangan kekuatan imejnya. Pembaca tidak benar-benar “melihat” atau “merasai” pengalaman itu, sebaliknya hanya menerima slogan emosi yang bersifat konseptual. Sajak yang kuat tidak sekadar memberitahu bahawa guru itu hebat, tetapi memperlihatkan kehebatan itu melalui adegan, citra dan pengalaman inderawi. Dalam sajak ini, guru disebut sebagai “penyuluh minda”, tetapi pembaca tidak diberikan gambaran konkrit bagaimana penyuluhan itu berlaku. Sajak akan lebih hidup sekiranya penyair menggambarkan seorang murid yang menggigil memegang pensel, seorang guru yang membetulkan huruf-huruf terbalik di atas buku latihan, atau suasana kelas pemulihan yang sunyi pada waktu petang. Gambaran seperti itu akan menjadikan emosi lebih organik dan tidak terlalu bergantung pada kata-kata besar yang abstrak. Selain itu, struktur metafora dalam sajak ini masih belum tersusun. Guru digambarkan sebagai “penyuluh minda”, kemudian sebagai “tunjang pertiwi”, kemudian pula sebagai “cahaya dalam jiwa”. Ketiga-tiga imej ini datang daripada medan makna yang berbeza dan tidak disatukan secara organik. “Penyuluh” berasal daripada metafora cahaya, “tunjang” berasal daripada metafora binaan atau pokok, manakala “cahaya dalam jiwa” kembali semula kepada metafora iluminasi. Perpindahan metafora yang terlalu cepat tanpa kesinambungan menyebabkan sajak terasa seperti himpunan slogan puitis, bukannya sebuah pengalaman simbolik yang berkembang secara berlapis. Sajak ini akan menjadi lebih kuat sekiranya penyair memilih satu sistem imejan utama dan mengembangkannya secara konsisten. Jika mahu menggunakan metafora cahaya, maka seluruh sajak boleh dibina di sekitar citra terang dan gelap: murid yang dahulu “rabun huruf”, kelas yang “suram”, tangan guru yang “menyalakan lampu kecil pada halaman buku” dan sebagainya. Konsistensi imejan seperti ini akan menjadikan perlambangan lebih meyakinkan dan memberikan kesatuan estetik kepada sajak. Dari sudut ritma, sajak ini masih terlalu dekat dengan gaya karangan berirama. Banyak barisnya sekadar menyambung idea secara langsung tanpa ketegangan bahasa atau kejutan metafora. Sajak yang lebih matang biasanya mempunyai unsur penangguhan emosi, ironi kecil, atau pembalikan imej yang membuat pembaca berhenti sejenak untuk merenung makna. Sajak “Ibu” pula memperlihatkan kelembutan emosi yang lebih intim dan sederhana. Ada kejujuran perasaan, terutama pada baris “Di bawah tapak kakinya, syurgaku dibina”, yang mempunyai resonans budaya dan spiritual yang […]
7天前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Apresiasi Kehidupan dan Platonik dalam Sajak Oleh: Mohamad Faizal Jamil SAJAK “Hadiah Dunia” karya Lau Yi Yi merupakan sebuah nukilan yang menyentuh jiwa, menggambarkan kitaran kehidupan manusia yang bermula daripada sebuah keajaiban. Ia bukan sekadar bait-bait kata, tetapi sebuah penghormatan kepada nilai kasih sayang dan kesyukuran tentang kelahiran. Sajak ini mengajak kita untuk berhenti sejenak dan mengingatkan kita bahawa kewujudan manusia ialah anugerah yang perlu sentiasa disyukuri. Sajak ini mengangkat nilai kesyukuran atas kehadiran seorang insan yang dianggap sebagai “hadiah terindah”. Manakala pemikiran utama dalam sajak ini pula ialah tentang kelangsungan hidup menempuhi fasa-fasa kehidupan yang penuh dengan keberkatan dan perlu dihargai oleh manusia. Terdapat beberapa gaya bahasa yang digunakan dalam sajak “Hadiah Dunia” untuk mengindahkan bait-bait katanya. Antaranya ialah metafora melalui frasa “hadiah terindah” dan “hadiah dunia” yang merujuk kepada bayi atau manusia yang diibaratkan sebagai sebuah hadiah kepada dunia. Penulis juga menggunakan perbandingan secara langsung atau simile dengan menggunakan kata perbandingan “ibarat cahaya yang kian bersinar” yang membandingkan proses kedewasaan kanak-kanak dengan cahaya yang semakin terang. Personifikasi diungkap oleh penulis melalui frasa “sinar itu mekar di jiwa”. Sifat “mekar” yang relatif dengan bunga diberikan kepada “sinar” (harapan/jiwa). Selain itu, terdapat juga repetisi (perulangan) melalui frasa “hadiah dunia” pada setiap akhir rangkap. Repetisi ini memberi penekanan kepada tema utama sajak, iaitu kesyukuran terhadap anugerah kehidupan. Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis seterusnya ialah asonansi atau perulangan bunyi vokal dan juga aliterasi, iaitu perulangan bunyi konsonan dalam baris sajak. Jika diteliti, asonansi (perulangan vokal ‘a’) dapat dilihat pada baris yang ke-5, iaitu “Di bawah naungan kasih ibu dan bapa”. Aliterasi (perulangan konsonan ‘b’) pula dapat dilihat pada baris ke-6, iaitu “bayi membesar dengan penuh bahagia”. Sajak “Hadiah Dunia” mempunyai daya tarikan yang tersendiri melalui kesederhanaannya. Kekuatan sajak ini ialah mesejnya yang jelas dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Sajak ini mempunyai naratif yang bersifat kronologi (fasa kehidupan) sekali gus memudahkan pembaca mengikuti perjalanan yang ingin disampaikan. Repetisi “hadiah dunia” yang diulang oleh penulis juga berfungsi sebagai penegasan (ritma) dan mengukuhkan identiti sajak ini. Nadanya yang positif juga menjadikannya sesuai digunakan untuk tujuan pendidikan. Walau bagaimanapun, pilihan diksi dalam sajak ini terlalu biasa (kurang puitis), menyebabkan sajak terasa agak mendatar. Penceritaan dalam sajak ini juga kelihatan terlalu “lurus” (kurang realistik atau dinamik) kerana kekurangan unsur konflik atau cabaran dalam transisi kehidupan yang disampaikan. Penggunaan gaya bahasa yang terhad juga menyebabkan sajak ini terasa agak literal. Rima akhir pada sajak ini juga dilihat tidak konsisten dan boleh mengurangkan kemerduan rimanya apabila dibaca atau dideklamasikan. Walau bagaimanapun, penulis menonjolkan keupayaan menulis yang baik. Sedikit ruang untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dalam penulisan pasti akan melahirkan karya sajak yang lebih mantap, berkesan dan menarik pada masa akan datang. Sajak “Sahabatku adalah Perisaiku” karya Nurul Husna Ahmad Esyam merupakan sebuah bingkisan penghargaan yang tulus tentang nilai sebuah kesetiaan dalam persahabatan. Walaupun perpisahan bakal menjelma, penulis menekankan bahawa memori indah tetap akan terpahat selamanya dalam sanubari. Sajak ini mengingatkan kita bahawa sahabat sejati ialah pelindung yang paling ampuh pada saat […]
1月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Tunjukkan Aku Bintang Oleh: Rosani Hiplee PENULISAN sajak merupakan satu bentuk tumpahan kreatif yang menuntut kepekaan emosi, ketajaman pengamatan dan keupayaan memilih kata yang menyantuni jiwa dan pemikiran individu. Karya sajak menaakul makna berkias dan mendalam yang boleh ditafsirkan sebagai harapan, petunjuk arah, impian atau cahaya dalam kesuraman pencarian. Oleh itu, sebuah sajak persis kerlipan bintang yang mampu menuntun pembaca untuk menemukan pencerahannya. Olahan sajak yang ibarat bintang telah memperlihatkan keupayaan unsur alam untuk dijadikan lambang kepada sesuatu yang lebih besar seperti impian dan petunjuk hidup. Hal ini juga menunjukkan bahawa dalam penulisan sajak, sesuatu yang kecil dan biasa boleh diangkat menjadi sesuatu yang bermakna melalui imaginasi dan inspirasi penulis dalam mentafsir kehidupan yang manusiawi. Sajak yang baik tidak memberikan makna secara langsung, sebaliknya membuka ruang kepada pembaca untuk menaakul berdasarkan pengalaman dan tanggapan masing-masing. Hal ini menjadikan pembacaan sajak sebagai satu proses interaktif, iaitu pembaca turut terlibat dalam mencari makna dan menemukan “bintang” mereka sendiri. Sajak “Berakhirnya Sebuah Jihad Ilmu” oleh Mirza Syazani bertemakan jiwa guru atau pendidik. Sajak ini mengungkapkan soal pengorbanan dan perjuangan guru dalam menyampaikan ilmu dan pengakhiran tugas setelah jatuh tempoh persaraannya. Penulis menceritakan perjalanan hidup guru yang telah mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi, sebelum akhirnya bersara dengan perasaan berat hati tetapi reda. Sajak ini berbentuk bebas dan dibina dalam empat rangkap yang sederhana panjangnya. Persoalan dalam rangkap sajak berkembang secara tersusun daripada pengenalan, perkembangan hingga penutup. Gaya bahasa sajak biasa dan bersahaja. Pemilihan kata dalam sajak ini masih perlu diperhatikan agar lebih berkias dan indah. Justeru penggunaan unsur-unsur persajakan seperti simile, perlambangan, personifikasi, metafora dan lain-lainnya masih perlu diolah dengan lebih segar dan tuntas bagi memaknakan isi sajak yang lebih komunikatif. Walaupun penulis terlihat cenderung dalam memanipulasikan kata namun masih terdapat beberapa baris kata dalam sajak ini yang kurang ampuh. Misalnya, dalam larik bergaris sajak berikut; berat hati melepas … akhirnya kuangkat kaki … tunduk ke bumi bersama adab … jika pandai janganlah ranggi Ungkapan bergaris dalam baris tersebut kurang sepuh jalinan kata bagi menggambarkan hal yang sebenarnya. Malah kesannya juga kurang memerikan bahasa sajak yang sarat makna kerana begitu bersahaja. Kata “melepas”, “kuangkat kaki”, “bersama adab” dan “ranggi” bukanlah pemilihan kata yang konkrit dan harmoni dalam konteks rangkap sajak ini. Dalam penulisan sajak, pemilihan kata bukanlah bersifat prosa seperti laras bahasa cerpen atau novel. Bahasa sajak lebih utuh dan imaginatif pada sifat visual variasi kata yang diolah. Misalnya, jihad ilmu merupakan unsur metafora yang baik dalam sajak ini. Justeru, nilai keindahan karya bukanlah bersandar pada nuansa peribadi sahaja tapi juga pada suasana yang dikhalayakkan. Namun demikian, sajak ini diolah dengan baik melalui gabungan emosi, pengalaman dan nilai murni. Penulis juga berupaya menyampaikan mesej tentang pentingnya ilmu dan adab melalui kisah pendidik dengan tulus dan harapan terhadap generasi akan datang. Cuma, jika penulis mahu memperkukuhkan sajak ini seperti bintang kepada pembaca atau anak didiknya, penulis harus mansuhkan larik kata “berakhirnya jihad” kerana guru yang berjiwa murabbi, jihadnya sampai ujung nyawa malah akan abadi walau jiwa telah tiada. […]
2月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Senja dan Cakerawala: Menelusuri Sinar dan Silau Oleh: Shield Sahran PERTAMA, saya mengucapkan tahniah kepada para penulis kerana telah berhasil menyiapkan sebuah puisi. Menyiapkan satu puisi adalah berkait rapat dengan minat dan usaha. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Untuk puisi “Bicara Senja” karya Mathew Lasah, puisi ini memaparkan perasaan melankolia. Temanya tentang sebuah kehilangan. Berdasarkan penetapan tema, pemilihan daftar kata kunci yang memaparkan kehilangan dilihat cukup baik seperti senja, fajar, remang dan muara yang mewakili makna pengakhiran. Permulaan baris puisi tersebut agak baik tapi ada beberapa hal perlu diperhatikan. Baris pertama dan kedua menyebut tentang hakikat akhir usia iaitu “wajah tua-tua yang kian calar” dan “diksi remang muara yang kian malap”. Baris seterusnya, iaitu “deru bayu menutup halilintar panas” - seakan-akan memberi imaginasi kedinginan yang menutupi kehangatan. Mungkin penulis cuba mewujudkan dinginnya kematian terhadap hangatnya kehidupan. Cuma pemilihan metaforanya memberi kesan dipaksa. Cuba perkayakan perbendaharaan kata tentang sesuatu yang menggambarkan kemalapan. Seterusnya, baris “mengembalikan suria kepada rembulan, azalinya” ada unsur licentia poetica. Tapi penulis juga harus mengambil kira metafora yang logik. Menurut PRPM DBP, suria membawa maksud sinar matahari. Memulangkan suria (cahaya matahari) kepada rembulan didapati bercanggah kerana menurut artikel “What is Moonlight” melalui portal science.nasa.gov, cahaya bulan itu adalah ilusi kerana sumbernya dari matahari. Bahkan, suria (matahari) dan rembulan (bulan) itu sendiri adalah mewakili transisi siang dan malam, membawa erti penggiliran. Jika perkataan suria digantikan dengan cahaya atau sinonim yang membawa maksud cahaya, mungkin lebih sesuai. Rangkap ketiga memaparkan gejolak batin dan kerinduan yang amat mendalam, memberi imaginasi suasana bagaimana suara perlahan tenggelam ke dalam kesunyian dan terkurung dalam perasaan rindu yang tidak dapat diungkapkan? Tapi ia masih dapat ditambah baik agar lebih padat dan juga indah, contohnya: Detik bicara kian kelam Riuh semalam tak bisa mengubat Hangatmu hadir antara resah Aku tak bisa menghantarmu Mataku kemarau sepenggal lamanya Untuk rangkap terakhir, ia memberi erti kepasrahan, tidak ada rasa takut untuk menutup usia dan rasa terpanggil untuk pulang. Hanya sekadar cadangan, sekiranya baris ditambah baik dan dipenggal dengan kemas, maka ia akan memberi kesan merdu apabila dibaca satu persatu. Secara keseluruhan, puisi ini sebuah percubaan yang baik. Penceritaannya juga masih dapat difahami dan ia bukanlah sekadar ayat-ayat panjang tidak ada hala tuju. Elakkanlah penggunaan tiga titik (elipsis) di setiap baris kerana ia memberi kesan jeda berpanjangan. Untuk mendalami puisi-puisi tentang rindu, usia atau pengakhiran, bacalah pelbagai puisi untuk meluaskan pengetahuan. Puisi berjudul “Bintang Hadiah Cakerawala” karya Lydia Siew merupakan puisi tentang perasaan yang membawa tema perjalanan hidup. Rangkap pertama sudah menjelaskan maksudnya iaitu kelahiran. Permulaan puisi cukup sederhana dan agak berterus terang. Maka, unsur puitisnya sedikit berkurangan. Mungkin penulis boleh cuba bereksplorasi dengan gaya bahasa yang sesuai agar puisi terasa lebih mengalir, padat dan tidak klise. Sekadar cadangan: Sunyi dipecah tangis Hadir ke dunia, seperti Adam dan Hawa Mata ibu mengungkapkan “Kamulah rahmat yang kutunggu” Menerusi rangkap kedua, ada percubaan untuk bermain dengan percitraan melalui pemilihan kata seperti “cedera berdarah ditinggalkan” dan “gagal adalah bingkisan keberhasilan”. Ia […]
3月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Memperelok Melankolia dan Memperkukuh Retorik Sebuah Puisi Oleh: Lokman Hakim JIKA diamati teliti, terdapat dua kecenderungan yang jelas pertama, kecenderungan melankolik-romantisme dalam “Kau Telah Pergi”, dan kedua, kecenderungan motivasional-retorikal dalam “Kuat Hati, Percaya Diri”. Kedua-duanya memperlihatkan keinginan yang tulus untuk menyampaikan emosi dan amanat moral, namun dari sudut estetik dan teknikal, masih terdapat beberapa aspek yang boleh diperkemas agar penyampaiannya lebih padu, citranya lebih terkawal dan perlambangannya lebih organik serta meyakinkan. Dalam “Kau Telah Pergi”, penyair membina medan emosinya melalui diksi yang sarat dengan kosa kata perasaan seperti “luka”, “hiba”, “rindu”, “retak” dan “kasih”. Dari segi intensiti, ini konsisten dan jelas kerana puisi mahu berdiri sebagai elegi atau ratapan perpisahan. Namun masalah utamanya ialah kecenderungan penggunaan metafora klise yang terlalu biasa diketemukan dalam tradisi puisi cinta Melayu kontemporari. Ungkapan seperti “retak pada dinding kasih”, “halaman rindu”, dan “bangku kasih kita” bukanlah salah secara harfiah, tetapi ia sudah jadi ungkapan yang terlalu umum sehingga gagal mencipta pengalaman visual unik. Pembaca tidak benar-benar “melihat” dinding yang retak itu, sebaliknya hanya mengenalinya sebagai simbol yang sudah kerap digunakan. Untuk memperbaiki aspek ini, penyair boleh memulakan dengan memperincikan imejan secara konkrit. Jika “dinding kasih” hendak dikekalkan, apakah teksturnya? Apakah warnanya? Apakah retaknya halus seperti garis rambut atau pecah seperti tembok lama? Dengan memberikan perincian material, metafora akan beralih daripada abstraksi kepada pengalaman deria. Prinsip yang sama boleh digunakan pada frasa “bangku kasih kita”. Bangku di mana? Di taman? Di beranda kayu yang lapuk? Dengan memperkenalkan latar fizikal yang lebih spesifik, puisi akan beralih daripada sentimentaliti umum kepada memori yang berjejak ruang dan waktu. Dalam erti kata lain, ia memberi bentuk sahih, kontemporari dan berhasil menghadirkan imej segar yang boleh dikaitkan dengan emosi. Dari sudut struktur citra, puisi ini bergerak antara ruang batin “ruang perasaan diri ini” dan ruang fizikal “halaman rindu” tetapi peralihan itu tidak dibangunkan secara dramatik. Ia muncul sebagai rangkaian gambaran yang berdiri sendiri, bukan sebagai evolusi emosi. Untuk menguatkan kesan dramatik, penyair boleh menyusun citra secara progresif iaitu dengan bermula daripada ruang dalaman (hati), bergerak ke ruang bersama (bangku, halaman), dan akhirnya kepada ruang runtuh (dinding retak). Susunan seperti ini akan memberikan lengkung dramatik yang lebih jelas, menjadikan perpisahan itu bukan sekadar kenyataan, tetapi satu proses keruntuhan yang berperingkat. Selain itu, terdapat kecenderungan pengulangan makna tanpa pengayaan nuansa. “Luka”, “kelukaan”, “perasaan yang terluka”, semuanya berlegar pada medan semantik yang sama. Dalam puisi, pengulangan boleh menjadi teknik yang kuat jika ia membawa variasi bunyi, ironi atau penegasan berlapis. Namun dalam teks ini, pengulangan lebih bersifat redundant. Langkah untuk mengatasinya ialah dengan mempelbagaikan medan simbol, misalnya menggantikan sebahagian “luka” dengan imej lain yang membawa kesan sama tetapi dalam bentuk yang berbeza seperti “garis garam di pipi”, “pintu sudah enggan berbunyi”, atau “cawan retak bibirnya”. Dengan itu, kesedihan tidak disebut, tetapi dihadirkan. Puisi kedua, “Kuat Hati, Percaya Diri”, berbeza nada tetapi menghadapi isu estetik yang hampir serupa, iaitu kecenderungan retorik yang terlalu langsung. Puisi ini bergerak sebagai sajak motivasi yang menekankan keteguhan hati dan kekuatan iman. Dari segi […]
4月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Unsur Simbolisme dan Reflektif dalam Sajak Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Badut” karya Soh Wei Wen mengungkapkan penderitaan batin seorang individu yang merasa terasing dan tidak dihargai dalam masyarakat. Penulis menggambarkan dirinya sebagai seorang badut, iaitu simbol kegembiraan palsu yang menyembunyikan kesedihan dan kesunyian di sebalik senyuman. Sajak ini menonjolkan konflik dalaman dan rasa kehilangan identiti. Tema utama dalam sajak “Badut” ialah keterasingan diri dalam cakerawala masyarakat. Sajak ini menyorot keinginan penulis untuk difahami dan pencarian makna hidup dalam dunia yang sering mengabaikan kewujudan insan yang terluka secara emosi. Pemikiran utama dalam sajak ini adalah pergelutan batin penulis yang merasa terasing meskipun berada di tengah-tengah lingkungan sosial. Penulis terpaksa menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman demi menggembirakan orang lain. Sajak “Badut” menampilkan beberapa gaya bahasa untuk membantu menyampaikan emosi dengan lebih mendalam dan menyentuh hati. Antaranya ialah metafora melalui ungkapan “rasa perih ini menusuk ke dasar sukma”, menggambarkan kesakitan emosi; “mengunci jiwa dalam kamar murung”, menunjukkan perasaan terperangkap dalam kesedihan; “aku menjadi badut yang dahagakan perhatian”, iaitu melambangkan kepura-puraan dan keinginan untuk dihargai; dan “keberadaanku bagai angin yang pergi tanpa jejak”, menggambarkan rasa tidak dihargai dan kewujudan yang tidak disedari. Dari sudut simile, penulis menggunakan frasa “keberadaanku bagai angin” perbandingan diri dengan angin yang tidak kelihatan dan tidak meninggalkan kesan. Selain imejan emosi dan visual seperti “kamar murung”, “nukilan minda” dan “gambaran sunyi yang terlukis” membangkitkan suasana suram dan kesepian. Terdapat juga asonansi dan aliterasi yang memperindah irama dalam sajak ini seperti “bersorak sorai /bergelak tawa sesama sendiri”, iaitu pengulangan bunyi ‘s’ dan ‘r’. Sajak ini bernada melankolik bagi memperkuat tema kesepian dan pencarian makna diri. Kekuatan sajak ini adalah penggunaan simbolisme yang kuat melalui watak “badut” untuk menggambarkan seseorang yang menyembunyikan kesedihan di sebalik wajah ceria. Hal ini memberikan kesan mendalam dan universal. Bahasa yang puitis dan imejan emosi yang diluahkan mencipta visual yang kuat dan menyentuh emosi kerana sajak ini bersifat melankolik yang konsisten, iaitu kesedihan dan keterasingan dari awal hingga akhir untuk menyampaikan perasaan dalaman penulis. Tema kesepian, pencarian identiti dan keinginan untuk difahami sangat dekat dengan realiti kehidupan moden, menjadikan sajak ini mudah dihayati. Walau bagaimanapun, sajak ini agak longgar dari segi rangkap atau bilangan baris. Penulis kurang memanfaatkan gaya bahasa yang lebih pelbagai seperti personifikasi atau hiperbola untuk menambah variasi dan daya tarikan. Namun, penyampaian sajak ini sedikit abstrak yang mungkin menyukarkan pemahaman pembaca. Walaupun sajak “Badut” mempunyai kekuatan dari segi emosi dan simbolisme, namun boleh dipertingkatkan aspek struktur dan kepelbagaian gaya bahasanya untuk menjadikannya lebih mantap dan berkesan. Sajak “Pesan Waktu” karya Davidsal Jimmy Berayen pula mengandungi mesej mendalam tentang ketabahan, penerimaan dan harapan dalam menghadapi perjalanan hidup. Penulis menyampaikan nasihat kepada jiwa yang sedang gelisah agar tidak meratapi masa lalu, sebaliknya belajar menerima takdir dengan hati yang tenang. Tema utama sajak ini ialah ketenangan dalam menghadapi masa dan takdir. Waktu digambarkan bukan sebagai musuh tetapi sebagai entiti yang bergerak mengikut aturan semula jadi. Penulis cuba mengajak pembaca untuk melepaskan kekecewaan dan kenangan silam, […]
5月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 ESTETIKA, FALSAFAH DAN EKSPRESI BATIN DALAM SAJAK Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Sekuntum Padma di Tengah Tasik” karya Ivina Michelle Sim menggambarkan keteguhan dan ketenangan sekuntum bunga padma (teratai) yang hidup bersendirian di tengah tasik, meskipun dikelilingi oleh pelbagai cabaran alam. Padma menjadi simbol ketenangan jiwa, keteguhan prinsip dan keindahan yang tidak bergantung kepada pengiktirafan luar. Ia seolah-olah mewakili insan yang tetap berdiri teguh dalam dunia yang penuh dengan kebencian dan kekacauan, menuju ke arah kehidupan yang abadi dengan penuh makna dan ketulusan. Sajak ini mengangkat tema ketabahan dan keteguhan diri sebagai inti utama. Melalui imejan alam seperti bayu, ribut, gerimis dan kegelapan malam, penulis menonjolkan kekuatan dalaman dan ketabahan bunga tersebut yang tidak tunduk kepada pujian atau ancaman. Sajak ini juga membawa pemikiran utama tentang keteguhan jiwa dan ketenangan batin seseorang yang mampu berdiri sendiri di tengah kekacauan dunia. Beberapa gaya bahasa yang digunakan oleh penulis untuk menghidupkan sajak ini ialah personifikasi melalui frasa “Engkau menari lembut, mengikut alunan bayu…”, — bunga padma digambarkan seolah-olah menari seperti manusia, dan “Kunang-kunang memuntahkan kerlipan cahaya…” — kunang-kunang digambarkan seolah-olah memuntahkan cahaya, satu tindakan manusiawi. Penulis juga memasukkan metafora melalui frasa “Kau adalah sekuntum padma…” — menjadi lambang kepada seorang insan yang tabah dan tidak mudah goyah, dan “Dunia lagi sedang gempita” — dunia digambarkan sebagai tempat yang bergelora, mewakili kekacauan hidup. Selain itu, terdapat penggunaan simile atau perumpamaan melalui frasa “Seperti tiada apa-apa yang mengacau ketenanganmu”, yang menunjukkan ketenangan padma yang tidak tergugat walaupun dunia bergelora. Penulis bijak menggunakan imejan untuk menggambarkan alam seperti frasa “Gerimis hujan jatuh menitik di titian sungai”, “Badai malam menerpa di ufuk senja” dan “Kicauan burung… Bersahutan cengkerik...” — semua ini membentuk suasana yang tenang tetapi penuh cabaran, mencerminkan perjalanan hidup. Terdapat juga gaya bahasa pengulangan seperti “Tidak menunduk… Tidak kembang...”, menekankan pendirian padma yang tidak mudah terpengaruh. Walaupun, pengulangan imejan alam yang serupa dalam banyak baris boleh menyebabkan kesan monoton jika tidak diimbangi dengan baik, namun secara keseluruhannya, sajak ini mempunyai estetika dan falsafah yang kuat untuk ditekuni. Antara kekuatan sajak ini ialah gaya bahasanya yang digunakan mengesankan. Strukturnya juga konsisten, menjadikan aliran sajak lancar dan tidak terganggu, lantas menghasilkan pembacaan menyenangkan dan bermakna. Sajak “Bisu” karya Olivia Ngor pula mengungkapkan penderitaan batin dan kekangan emosi seorang individu yang tidak mampu meluahkan perasaan secara lisan. Melalui suasana kelam dan sunyi, penulis menggambarkan bisu bukan sekadar ketiadaan suara, tetapi sebagai simbol tekanan jiwa, kesepian dan harapan yang rapuh. Pemikiran utama dalam sajak ini menyentuh tentang perjuangan dalaman yang sunyi, dan betapa pentingnya ruang untuk meluahkan rasa agar jiwa tidak terus terperangkap dalam kelam. Sajak “Bisu” menggunakan pelbagai gaya bahasa yang memperkuatkan kesan emosi dan menyampaikan penderitaan batin dengan mendalam. Antaranya ialah personifikasi melalui frasa “Delusi mengulit jiwa sepi bergulir” — delusi digambarkan seolah-olah mampu membelai jiwa seperti manusia, dan “Bisu menyekat bicara” — bisu digambarkan sebagai kuasa aktif yang menghalang komunikasi. Penulis menggunakan perbandingan secara langsung lewat metafora seperti “Disimbah nista setajam petir” – nista digambarkan sebagai sesuatu yang […]
8月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Stimulus Perjuangan Ilmu dan Estetika Zaman Muda dalam Sajak Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Meniti Hari di Menengah Tinggi Tiga” karya Jacqueline Tiong Kung Ling menggambarkan perjalanan seorang pelajar menengah tinggi yang penuh cabaran, harapan dan semangat juang. Ia menyentuh aspek kehidupan harian pelajar yang sarat dengan usaha, pengorbanan dan impian masa depan. Sajak ini bukan sekadar luahan rasa tetapi juga motivasi kepada pelajar agar terus berusaha dan tidak berputus asa。 Sajak ini menyorot tema utama perjuangan pelajar dalam menuntut ilmusebagai bekalan untuk mencapai impian dan masa depan yang cerah dengan menekankan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi hasil daripada usaha berterusan dan semangat yang tidak goyah. Sajak ini juga mengetengahkan pemikiran bahawa kejayaan dalam hidup, khususnya dalam pelajaran, hanya dapat dicapai melalui kesungguhan, ketabahan dan semangat yang tidak pernah luntur。 Sajak ini menggunakan pelbagai gaya bahasa yang memperindah penyampaian dan memperkukuh mesejnya. Antaranya adalah penggunaan metafora melalui frasa “hari-hari berlalu, bagaikan arus” – masa digambarkan seperti arus sungai, dan frasa “mentari Jun pasti bersinar terang” – mentari sebagai kejayaan yang dinanti selepas musim berjuang. Personifikasi pula dapat dilihat melalui frasa “masa berlari, tiada yang lurus”, seolah-olah masa ialah makhluk hidup yang berlari, menekankan kepantasan dan ketidaktentuan perjalanan hidup, dan frasa “Nasihat guru penyuluh minda” yang menggambarkan nasihat sebagai cahaya yang menerangi fikiran, menunjukkan peranan guru sebagai pembimbing。 Selain itu, terdapat juga rima dan irama dalam sajak ini pada rangkap ke-5, iaitu “payah – rebah – menyala – nyata”, yang mewujudkan kesan muzikal dan menjadikan sajak lebih mudah dihayati serta diingati. Dari segi asonansi dan aliterasi pula, iaitu pengulangan bunyi vokal dan konsonan seperti “tekad yang keras” dan “suara bacaan mengisi hari” menambah keindahan bunyi dan kesan dramatik. Sajak ini juga mempunyai unsur simbolisme melalui frasa “bayang-bayang di ruang kelas” yang boleh melambangkan kenangan, harapan atau tekanan yang dialami pelajar, dan frasa “benih yang ditanam sepanjang musim”, iaitu simbol kepada usaha yang berterusan yang akan membuahkan hasil. Akhir sekali, iaitu bahasa emotif yang digunakan oleh penulis seperti “penawar luka”, “hulur harapan” dan “semangat tak mudah rebah” membangkitkan rasa simpati, harapan dan kekuatan emosi。 Antara kekuatan sajak ini ialah temanya yang dekat dengan jiwa pelajar selain gaya bahasa yang indah dan berkesan. Penulis juga berjaya menggunakan nada motivasi dan positif untuk membangkitkan semangat, menanam harapan dan keyakinan sebagai pelajar. Struktur sajak ini juga teratur dan berirama. Namun, oleh sebab temanya yang agak klise, menyebabkan ia kurang menonjol. Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis juga bersifat agak selamat, tidak terlalu eksperimental atau mencabar norma puisi moden – lebih kepada gaya konvensional. Penulis juga kurang memasukkan konflik atau ketegangan dramatik yang boleh menambah kedalaman emosi kerana sajak ini lebih bersifat reflektif dan berbentuk motivasi。 Sajak “Hati Muda” karya Toh Zheng Feng mengangkat keindahan dan kejujuran zaman remaja yang penuh semangat, impian dan kenangan. Ia menggambarkan jiwa muda yang bebas, berani dan tulus dalam mengejar cita-cita, meskipun arah hidup berubah mengikut waktu. Ia menyorot waktu remaja sebagai fasa yang paling jujur dan lantang dalam mencari makna […]
9月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Manifestasi Penghormatan dan Pengukuhan Mesej Patriotik Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK karya Jee Kuok An bertajuk “Pemergian Srikandi Pertiwi” ditulis sebagai penghormatan kepada tokoh wanita terkemuka, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tuanku Haji Bujang. Beliau dikenang sebagai wanita pertama yang menjadi pemimpin negeri dan sajak ini mengenang jasa serta pengaruhnya dalam masyarakat. Sajak ini bukan sekadar luahan rasa kehilangan tetapi juga satu manifestasi penghormatan terhadap legasi seorang tokoh wanita luar biasa. Ia menyeru agar perjuangan beliau diteruskan dan jasanya dikenang sepanjang zaman. Tema utama dalam sajak ini ialah sebuah apresiasi terhadap jasa dan kepimpinan seorang tokoh wanita yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Manakala pemikiran utama dalam sajak ini pula ialah pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan tokoh wanita ini yang telah memainkan peranan besar dalam memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat, khususnya wanita dan golongan kurang upaya. Sajak “Pemergian Srikandi Pertiwi” menggunakan pelbagai gaya bahasa yang memperkuatkan mesej dan emosi sajak. Antaranya ialah metafora yang dapat dilihat melalui ungkapan seperti “menjadi tangan yang mendukung impian wanita” – sokongan dan dorongan kepada perjuangan wanita; “menjadi telinga kepada yang kurang upaya” – keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan perhatian; dan “menjadi suara kepada yang tak terdaya” – keberanian memperjuangkan hak mereka yang tidak mampu bersuara. Dari segi personifikasi, penulis menggunakan ungkapan “bumi seolah-olah terhenti” – menggambarkan suasana pilu dan kehilangan yang amat dirasai dan “air mata jatuh ke pipi” – kesedihan yang mendalam. Terdapat juga repetisi atau pengulangan dalam sajak ini. Contohnya ialah frasa “menjadi…” yang diulang untuk menunjukkan pelbagai bentuk sumbangan dan pengorbanan beliau. Manakala penggunaan simbolisme dalam sajak ini dapat dilihat melalui ungkapan “sebelum terbitnya matahari” – melambangkan pemergian sebelum sempat melihat harapan baharu atau fajar perjuangan yang belum selesai. Selain itu, nada sajak ini juga bersifat melankolik dan penuh penghormatan dengan suara puitis yang menyentuh hati pembaca. Ini dapat dilihat melalui ungkapan, “kau pergi tanpa tanda” – menunjukkan pemergian yang mengejutkan dan menyedihkan. Gaya bahasa ini menjadikan sajak lebih berkesan dan menyentuh perasaan, serta memperkukuh mesej penghargaan terhadap tokoh wanita yang telah banyak berjasa. Kekuatan sajak ini antaranya ialah temanya yang menyentuh hati. Selain itu penulis juga menggunakan gaya bahasa yang indah dan berkesan yang dapat mengajak pembaca menjiwai sajak ini. Kekuatan yang lain ialah nada penghormatan penulis terhadap tokoh wanita ini selain daripada strukturnya yang disusun kemas dalam rangkap yang jelas dan mudah difahami. Walau bagaimanapun, pengulangan yang agak banyak melalui penggunaan frasa seperti “menjadi…” dalam rangkap kedua boleh dianggap berlebihan jika tidak diimbangi dengan variasi gaya. Selain itu, sajak ini kurang mengetengahkan elemen kejutan atau kelainan dan agak konvensional dalam menggambarkan pemergian dan penghargaan tokoh. Kurangnya latar atau gambaran peribadi tokoh juga boleh dikatakan sebagai kelemahan sajak ini. Sajak ini boleh diperkemas dengan lebih banyak variasi gaya dan gambaran peribadi untuk menjadikannya lebih berkesan secara artistik. Sajak “Jubli Gemilang” karya Kong Yi Yan pula merupakan sajak yang menyemarakkan semangat kebangsaan dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersatu, berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar. Ia bukan sekadar refleksi sejarah, tetapi juga seruan […]
10月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 NUANSA EMOSI DAN SANJUNGAN INSAN MULIA DALAM SAJAK Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Cinta Persekolahan” karya Romania menggambarkan keindahan dan kemurnian perasaan cinta yang hadir sewaktu zaman persekolahan. Sajak ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga tentang menghargai momen-momen kecil yang memberi makna besar dalam kehidupan. Sajak ini bernada romantis dan melankolik, dengan unsur kenangan indah yang dihayati penuh perasaan. Tema utama sajak ini ialah cinta remaja yang tumbuh dalam suasana persekolahan, iaitu suatu cinta yang polos, penuh rasa kagum dan bermakna dalam kenangan hidup seseorang. Cinta yang digambarkan dalam sajak ini bukan sekadar perasaan tetapi juga pengalaman emosional yang menyentuh jiwa dan menghidupkan hari-hari persekolahan dengan keindahan dan makna. Pemikiran yang dapat diselami daripada sajak ini ialah bahawa cinta yang hadir dalam suasana persekolahan mampu meninggalkan kesan yang mendalam meskipun bersifat sementara. Sajak “Cinta Persekolahan” menggunakan pelbagai gaya bahasa untuk menyampaikan perasaan cinta dengan berkesan dan indah. Antaranya ialah imejan melalui frasa “matanya yang tenang dipandang” dan “suaranya yang merdu ingin kudengar”. Penyajak mencipta gambaran audiovisual yang menghidupkan suasana cinta dalam imaginasi pembaca. Seterusnya ialah simile atau perbandingan melalui frasa “seperti lagu yang dinyanyikan dengan merdu” yang digunakan untuk menyamakan suara insan yang dicintainya dengan keindahan lagu, menunjukkan rasa kagum dan kasih. Penyajak juga dilihat menggunakan gaya bahasa repetisi melalui pengulangan frasa seperti “yang merdu” dan “yang tenang” untuk menghidupkan emosi dan keindahan watak yang dikagumi. Sajak ini penuh penghargaan untuk memperlihatkan rasa kasih yang mendalam penyajak. Penegasan perasaan sementara dan kenangan kekal seperti “mungkin perasaan ini hanya untuk sementara” dan “akan kukenang hingga akhir hayatku” menunjukkan konflik antara masa dengan perasaan, serta kesungguhan penyajak dalam menghargai kenangan cinta. Gaya bahasa yang digunakan menjadikan sajak ini penuh dengan nuansa emosi dan nostalgia. Kekuatan sajak “Cinta Persekolahan” adalah pada penggunaan imejannya yang kuat. Nada sentimental cukup terserlah dan mempunyai aliran emosi yang jelas selain berjaya menggambarkan cinta sebagai sesuatu yang indah walaupun sementara. Kekuatan lain sajak ini iaitu bahasanya mudah tetapi berkesan dan mendalam kepada pembaca sesuai dengan tema cinta remaja. Malah kesucian dan kepolosan cinta digambarkan dengan baik, pengalaman yang tulen, tidak tercemar dan memberi makna dalam kehidupan. Namun, pengulangan yang sedikit berlebihan seperti “merdu” dan “indah” boleh mengurangkan kekuatan ekspresi jika tidak disusun secara lebih variasi. Kurangnya konflik atau perkembangan emosi seolah-olah sajak ini mengekalkan nada yang sama dari awal hingga akhir tanpa menunjukkan perubahan emosi yang mendalam atau pemikiran yang berkembang. Struktur puitis sajak ini juga dilihat agak longgar. Ada bahagian yang terasa seperti prosa biasa dan kurang elemen keindahan struktur sajak dari segi irama atau pola yang kuat. Namun begitu, kekuatan sajak ini tetap menyerlah kerana emosi yang disampaikan terasa tulus dan dekat di hati pembaca. Sajak “Ibu Bapa” karya Hii Yui Tiing pula menyanjung tinggi pengorbanan dan peranan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak. Ia penuh dengan elemen kasih sayang, kesabaran dan nilai kemanusiaan yang menyentuh hati. Sajak ini bukan sahaja merakam rasa cinta terhadap ibu bapa, malah mengajak pembaca untuk lebih menghargai mereka sebagai insan yang turut […]
11月前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 SERUAN, HARAPAN DAN PENCARIAN DIRI Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Dunia Kelabu” karya Anselm Lau Shao Peng mengetengahkan isu pencemaran alam dan kerosakan ekologi akibat perbuatan manusia. Setiap bait menyampaikan gambaran alam yang semakin kehilangan keindahannya – hutan meratap, sungai menjadi tempat pembuangan dan langit yang dulunya cerah kini suram akibat pencemaran. Sebuah sajak yang penuh emosi dan menyampaikan mesej yang penting tentang pemuliharaan alam. Tema utama dalam sajak ini ialah pencemaran alam sekitar serta keperluan untuk sedar dan bertindak dalam menjaga kelestarian bumi. Manakala pemikiran dalam sajak ini berpusat pada kesedaran terhadap kemusnahan alam akibat perbuatan manusia serta pentingnya bertindak sebelum segalanya hilang tanpa harapan. Sajak “Dunia Kelabu” menggunakan pelbagai gaya bahasa yang memperkuat mesejnya. Antaranya ialah personifikasi melalui unsur alam seperti angin, sungai dan mentari. Contohnya, “Dengarlah tangisan angin di hutan” dan “Mentari terpaksa sembunyi dalam bayang” menggambarkan perasaan sedih alam akibat kemusnahan. Penggunaan metafora memperkaya makna sajak ini, seperti “Harga masa depan umpama emas” yang menunjukkan betapa berharganya masa depan, serta “Ibarat kain yang belum ditenun” yang melambangkan peluang untuk membentuk masa depan sebelum terlambat. Selain itu terdapat juga simile atau perumpamaan seperti “Sungai yang dulu berkilau indah, dijadikan tong sampah besar” yang menunjukkan betapa teruknya pencemaran sehingga sungai tidak lagi berfungsi sebagai sumber kehidupan. Dari sudut imejan pula, penyajak menggunakan citraan alam dan visual yang jelas seperti “Daun-daun luruh ke atas tanah” dan “Rumah yang dulu ditari ikan, kini terhimpit bau busuk”. Sajak ini bernada melankolik dan reflektif terutamanya dengan penggunaan kata-kata seperti “warna hijau semakin terpadam” dan “sarang beburung juga roboh” yang melambangkan kehancuran ekosistem. Di penghujung sajak, terdapat seruan dan harapan penyajak dengan frasa “Marilah kita sulam masa depan”, mengajak pembaca untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih baik. Sajak “Dunia Kelabu” memiliki kekuatan yang jelas dalam menyampaikan mesej tentang pencemaran alam, namun juga mungkin mempunyai ruang untuk diperbaiki. Antara kekuatan sajak ini ialah gaya bahasanya yang indah dan bermakna. Mesej yang disampaikan kuat dan berkesan sekali gus menyeru pembaca untuk bertindak demi masa depan. Selain itu nada melankolik yang menyentuh perasaan juga salah satu daripada kekuatan sajak ini. Dari segi strukturnya juga cukup teratur dan padu. Tema yang diketengahkan oleh penyajak boleh dikatakan relevan dengan isu semasa. Namun begitu, mungkin keseimbangan antara kesedihan serta harapan boleh lebih diperkuat untuk memberi semangat kepada pembaca. Penyajak juga dilihat terlalu bergantung dengan metafora yang konvensional sifatnya dan sudah biasa digunakan. Walaupun susunan baitnya kemas, variasi dalam ritma dan susunan kata boleh menjadikan sajak lebih dinamik dan berkesan. Sajak “Monolog Tanda Tanya” karya Nurul Asyikin binti Abdullah pula memaparkan perasaan yang dalam tentang ketidakpastian hidup, menjadikannya karya yang penuh makna dan menyentuh jiwa. Tema utama dalam sajak berkisar pada pencarian diri dan pasrah terhadap takdir. Sajak ini memaparkan konflik dalaman seseorang dalam menghadapi ketidaktentuan hidup. Ia mengajak pembaca merenung tentang impian, pilihan dan peranan takdir dalam menentukan arah kehidupan mereka. Pemikiran dalam sajak ini berpusat pada renungan tentang nasib, serta perasaan kehilangan dan harapan yang samar-samar. Sajak “Monolog Tanda […]
1年前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 DILEMA KONFLIK INDENTITI DAN NILAI KESETIAAN DALAM SAJAK Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Balada Si Cina Banana” karya Sim Siaw Phing menggambarkan dilema identiti dan perjuangan individu berketurunan Cina menghadapi cabaran untuk menguasai bahasa ibundanya. Sajak ini menyampaikan emosi serta realiti kompleks yang dapat menyentuh hati pembaca dalam konteks masyarakat pelbagai budaya. Tema utama sajak ini ialah konflik identiti budaya dan bahasa. Tema ini menyoroti peranan penting bahasa dalam pembentukan identiti seseorang dan perasaan keterasingan yang timbul apabila seseorang tidak dapat menguasai bahasa ibundanya sendiri. Melalui sajak ini, terserlah realiti masyarakat pelbagai budaya yang menghadapi cabaran untuk menyeimbangkan warisan tradisional dengan kehidupan kontemporari. Manakala pemikiran utama yang terdapat dalam sajak ini ialah konflik identiti yang tidak sekadar bersifat linguistik tetapi turut berkait dengan penerimaan sosial dan diri sendiri. Individu dalam sajak ini merasakan tekanan untuk menguasai bahasa Cina demi membuktikan “keaslian” identitinya tetapi mendapati usaha itu sukar. Penggunaan metafora “Cina Banana” menggambarkan identiti individu dengan simbol “pisang”, iaitu luar kuning tetapi dalam putih. Simbol ini memberikan makna yang mendalam tentang konflik budaya dan linguistik. Frasa seperti “usia senja melambai di ufuk barat” pula mempersonifikasikan waktu untuk memberikan kesan puitis dan emosi kepada pembaca. Manakala nada sajak ini menggambarkan rasa kecewa, kesukaran dan renungan terhadap usaha memahami identiti budaya melalui bahasa. Sajak ini menggunakan bahasa yang santai dan berhubung dengan pembaca seperti “Dengan bergurukan Youtube dan pengalaman” untuk menunjukkan realiti kehidupan. Manakala elemen kontras iaitu pertembungan antara bahasa yang telah “ditakluki” dan bahasa ibunda yang masih “asing” menonjolkan perasaan terasing serta konflik dalaman. Selain itu, terdapat juga elemen repetisi seperti frasa “Tetap miskin, tetap papa kosa kata”. Dari segi imejan pula, gambaran visual seperti “diri ini mula merangkak, bertatih dan berlari” menggambarkan proses yang lambat dan mencabar dalam usaha belajar. Elemen ironi yang memaparkan kesan ketidakseimbangan dalam identiti budaya juga ditonjolkan melalui frasa “Bahasa asing itu senandungku, Bahasa Cina itu asing bagiku”. Sajak “Balada Si Cina Banana” mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kekuatan sajak ini adalah penggunaan metafora yang kuat, nada melankoliknya yang bersifat reflektif menjadikan karya ini sangat emosional dan mudah diterima. Selain itu, keaslian tema sajak ini sangat jarang diterokai dengan cara yang begitu puitis, menjadikan karya ini unik. Pendek kata, sajak ini berjaya menggambarkan realiti sosial masyarakat pelbagai budaya, memaparkan tekanan sosial dan perjuangan identiti dengan tepat. Kelemahan sajak ini pula iaitu repetisi atau pengulangan frasa yang agak berlebihan seperti ungkapan “tetap miskin, tetap papa kosa kata” tanpa memberikan variasi tambahan pada struktur sajak. Walaupun konflik identiti diperkenalkan dengan baik tetapi tiada penyelesaian atau refleksi mendalam yang menutup isu tersebut. Walaupun tema sajak ini kuat, namun ia boleh diperluaskan lagi dengan memberikan dimensi tambahan kepada perjuangan bahasa dan identiti. Sajak “Kesetiaan yang Lenyap Tanpa Jejak” karya Soh Wei Wen pula menggambarkan kesetiaan sebagai nilai yang sukar dijaga, terutama apabila manusia tergoda oleh hasrat dan keinginan duniawi. Ia memberi peringatan bahawa kesetiaan hanya dapat benar-benar dimiliki oleh hati yang beriman dan teguh. Tema utama sajak ini ialah kegagalan dalam memelihara kesetiaan akibat […]
1年前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 REFLEKTIF, EMOSI, HARAPAN DAN OPTIMISME DALAM SAJAK Oleh: Mohamad Faizal Jamil SAJAK “Gambar-Lukisan Kenangan” karya Jocelyn Hu Jia En ini menggambarkan fungsi dan keindahan gambar sebagai medium yang menyimpan memori, emosi dan kisah masa lalu. Penulis menggunakan metafora dan personifikasi untuk memberikan dimensi puitis kepada gambar yang menjelaskan nilai sentimental gambar kepada manusia. Sajak ini juga menekankan kemampuan gambar untuk membawa senyuman, kerinduan dan pelbagai emosi lain. Sajak ini bertemakan kenangan dan nostalgia. Gambar menjadi subjek utamanya sebagai alat untuk menyimpan kenangan dan momen indah dalam hidup. Ia membangkitkan nostalgia dan kerinduan terhadap masa lalu yang dirakamkan. Tema ini menonjolkan perasaan mendalam yang terikat pada gambar. Dari segi pemikiran pula dapat dilihat penulis cuba mengajak pembaca untuk merenungkan makna mendalam di sebalik gambar sebagai penjaga kenangan, pencetus emosi, simbol keabadian, penyimpan naratif hidup dan berfungsi sebagai penghubung antara masa kini dan masa lalu. Dalam sajak ini, penulis cuba bermain dengan beberapa gaya bahasa antaranya penggunaan metafora seperti “coretan cahaya” dan “lukisan kenangan” yang memberikan gambaran puitis tentang gambar. Unsur personifikasi pula dijelmakan melalui bait-bait seperti “membawa senyuman dan kerinduan” yang memberikan sajak ini elemen emosi dan kehangatan. Selain itu, terdapat gaya bahasa imejan yang kuat untuk mencipta suasana nostalgia dan emosi seperti “mengabadikan detik-detik indah” dan “menghentikan masa seketika”. Namun yang paling ketara penggunaan repetisi atau pengulangan kata “gambar” pada awal setiap rangkap untuk menekankan kepentingannya sebagai tema utama sajak yang mencipta irama yang konsisten dan menguatkan mesej penulis. Terdapat juga kontras daripada segi emosi seperti “mencipta tawa” dan “mengalirkan air mata” yang mencerminkan pelbagai perasaan yang terkandung dalam kenangan. Nada sajak ini reflektif dan melankolik, mengajak pembaca untuk merenung tentang kenangan yang dirakam dan perasaan yang dikaitkan dengannya. Antara kekuatan yang terdapat dalam sajak ini ialah penggunaan metaforanya yang kuat memberikan dimensi puitis dan mendalam terhadap konsep gambar. Nada nostalgia dan reflektif juga menjadikan sajak ini sangat menyentuh hati. Terdapat juga emosi yang beragam dalam sajak ini yang boleh dikatakan berjaya mengimbangi pelbagai emosi. Repetisi kata “gambar” pada setiap rangkap juga turut memberikan struktur yang mantap dan menekankan tema utama sajak, menjadikannya berkesan dan mudah diingati. Namun begitu, bahasa yang digunakan penulis sedikit umum walaupun indah. Penulis perlu menonjolkan elemen yang lebih unik atau segar untuk membuat sajak lebih menonjol. Sajak ini bersifat universal, tetapi ketiadaan contoh naratif atau kenangan spesifik menjadikan pembaca sukar merasakan hubungan peribadi yang lebih mendalam dengan tema sajak. Sajak ini juga bersifat linear dan fokus kepada tema kenangan, namun mungkin terasa kurang dinamik kerana tiada unsur kejutan atau perspektif yang baharu. Kesimpulannya, sajak “Gambar – Lukisan Kenangan” ialah karya yang puitis dan menyentuh hati dengan kekuatan pada penggambaran emosi dan penggunaan metafora yang indah. Dengan menambah elemen yang lebih spesifik atau bahasa yang lebih segar, sajak ini boleh menjadi lebih berkesan dalam meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. Sajak “Melangkah ke Hadapan” karya Emilia Kong Ing Xin pula membawa tema motivasi dan semangat untuk terus maju walaupun menghadapi cabaran hidup. Sajak ini […]
1年前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Metafora dan Emosi dalam Sajak Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Mimpi dalam Lautan Perut” karya Sophia Tiong Si-Min menggambarkan perjalanan seorang bayi dalam rahim ibunya melalui metafora laut. Sajak ini menggabungkan elemen metafora dan emosi untuk menggambarkan pengalaman kelahiran daripada perspektif bayi. Ia mengajak pembaca untuk merenung tentang keindahan dan keajaiban proses kelahiran. Sajak ini bertemakan kehidupan dalam alam rahim. Manakala pemikiran utama dalam sajak ini ialah perjalanan kehidupan yang bermula dari dalam rahim ibu yang digambarkan sebagai satu pengalaman yang penuh dengan pelbagai emosi dan cabaran. Ia menggabungkan elemen mimpi dan realiti yang akhirnya membawa kepada kesedaran bahawa kelahirannya ialah satu kenyataan. Terdapat beberapa gaya bahasa yang telah digunakan oleh penulis. Antaranya ialah metafora seperti “berenang dalam lautan perut ibu”. Lautan menjadi simbol rahim dan “air ketuban” memberi bayangan tentang perjalanan hidup yang baru bermula. Dari segi imejan pula, penulis menggunakan frasa “mimpi pertama”, “tercekik air lautan”, dan “badanku dipukul ombak”, membantu pembaca membayangkan situasi yang dialami oleh bayi dalam rahim. Terdapat juga anafora, iaitu pengulangan frasa “Aku bermimpi” pada setiap rangkap memberikan struktur yang konsisten dan menekankan perbezaan antara mimpi-mimpi bayi. Selain itu, penggunaan personifikasi “lautan” dalam sajak ini diberikan sifat manusiawi seperti “aku tercekik air lautan” dan “air lautan yang menyeksa tekak” menjadikan pengalaman bayi lebih hidup dan mempengaruhi emosi pembaca. Terdapat kontras antara keadaan mimpi yang damai dengan realiti yang mencabar. Contohnya, mimpi tentang senyuman ibu berbeza dengan realiti “tercekik” dan “dipukul ombak”. Nada sajak ini adalah melankolik dan reflektif. Ia bermula dengan ketenangan mimpi bayi tetapi berubah menjadi tegang dan dramatik ketika bayi bergelut dengan realiti kelahiran. Yang menarik, sajak ini diakhiri dengan kesimpulan yang kuat melalui frasa “Ternyata ini bukan mimpi”, menunjukkan transisi daripada dunia mimpi ke realiti kelahiran yang penuh makna dan keajaiban. Antara kekuatan sajak ini ialah penggunaan metaforanya yang kuat. Hal ini memberikan gambaran visual yang mendalam dan membantu pembaca merasakan pengalaman bayi dalam rahim sekali gus menjadikan sajak ini lebih hidup dan memberikan kesan emosi yang kuat kepada pembaca. Manakala penggunaan mimpi dalam sajak ini menambah dimensi tambahan kepada naratif dan menggambarkan perasaan dan harapan bayi semasa dalam rahim. Struktur ini mencipta aliran yang menarik dan mengekalkan minat pembaca. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa yang lebih pelbagai mungkin dapat menambah kedalaman dan kompleksiti sajak. Manakala struktur yang sama dalam setiap mimpi mungkin dirasakan berulang oleh sesetengah pembaca. Menyelitkan sedikit variasi dalam gaya atau naratif mungkin dapat menjadikan sajak ini lebih menarik. Akhir sekali, penggunaan bahasanya yang terlalu seragam sepanjang sajak juga mungkin mengurangkan dinamik sajak ini. Sajak “Selamat Tahun Baharu Cina 2025” karya Toh Chee Leong menggambarkan suasana perayaan Tahun Baharu Cina dengan indah dan penuh semangat. Sajak ini bertemakan perayaan dan tradisi yang disambut oleh kaum Cina. Pemikiran yang terdapat dalam sajak ini ialah gambaran perasaan gembira, harapan dan kebersamaan yang merupakan inti pati perayaan Tahun Baharu Cina. Ia mengajak pembaca untuk merenung tentang nilai-nilai penting dalam kehidupan, termasuk menjaga tradisi, hubungan kekeluargaan, dan menghadapi kehidupan dengan semangat dan harapan yang […]
1年前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 Simbolisme dan Katarsis Emosi dalam Sajak Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Kenyalang” karya Kong Ning menyentuh hati dan penuh makna, menggambarkan keindahan dan simbolisme kenyalang sebagai lambang kebanggaan Sarawak. Penulis cuba membawa isu-isu penting seperti kemusnahan habitat dan ancaman terhadap populasi kenyalang akibat tindakan manusia. Sajak ini mengandungi beberapa tema utama yang menggambarkan perasaan kasih sayang, kesedaran dan harapan terhadap alam semula jadi serta warisan budaya. Melalui tema-tema ini, penulis menyampaikan mesej yang mendalam tentang pentingnya melindungi dan memelihara alam semula jadi. Sajak ini mengandungi pelbagai pemikiran yang mencerminkan kepedulian terhadap alam semula jadi, warisan budaya dan perubahan sikap manusia terhadap alam sekitar. Ia juga mengingatkan kita tentang kesan tindakan kita terhadap alam sekitar dan pentingnya mengambil langkah-langkah untuk memastikan kelangsungan kehidupan flora dan fauna di bumi ini. Sajak “Kenyalang” menyajikan gaya bahasa yang menyumbang kepada keindahan dan kekuatan puitisnya. Antaranya ialah anafora, iaitu pengulangan kata atau frasa “Oh Kenyalang” pada permulaan baris yang berturut-turut memberikan irama dan menekankan sifat-sifat kenyalang. Sajak ini juga menggunakan metafora untuk menyampaikan makna yang lebih mendalam seperti ungkapan “kau lambang kebanggaan Sarawak” yang menggambarkan kenyalang sebagai simbol kebanggaan bagi rakyat Sarawak. Manakala pertanyaan retorik seperti “Kenapa kau tak lagi terbang di langit?” dan “Kenapa rumahmu hilang tanpa jejak?” digunakan penulis untuk menimbulkan kesan dan membuat pembaca merenung keadaan kenyalang. Selain itu, personifikasi, iaitu pemberian sifat manusia kepada kenyalang, contohnya, “kenapa kau tak lagi membuka mata?”, turut menambah elemen emosi dan membuat pembaca lebih bersimpati. Penulis juga menggunakan imejan atau penggambaran yang digunakan untuk mencipta gambaran visual yang kuat, seperti “sayapmu berkilauan” dan “Bersama suara alam yang merdu”, membantu pembaca membayangkan keindahan kenyalang dan alam sekitarnya. Gaya bahasa yang lain seperti kontras yang merujuk kepada keadaan kenyalang yang dahulu dan sekarang melalui ungkapan “bulumu lembut” dengan “Kenapa rumahmu hilang tanpa jejak?”, juga menambahkan lagi drama dan kepiluan dalam sajak. Akhir sekali, penulis dilihat bermain dengan nada. Nada sajak ini bersifat melankolik namun optimis. Antara kekuatan sajak ini adalah penggunaan bahasanya yang lembut dan puitis dalam menggambarkan keindahan kenyalang dan mencipta gambaran visual yang kuat seperti “Oh kenyalang, bulumu lembut” dan “sayapmu berkilauan”. Sudah tentu temanya juga merupakan kekuatan selain strukturnya yang jelas dan tersusun. Kekuatannya yang lain ialah pertanyaan retorik yang mampu menimbulkan kesedaran dan refleksi dalam diri pembaca seperti “Kenapa senapang menunjuk padamu?”. Walau bagaimanapun, pengulangan yang berlebihan pada frasa “Oh kenyalang” terkesan mengurangkan kesegaran sajak. Gaya bahasa yang digunakan seragam dan boleh dipelbagaikan lagi untuk menambah dinamik sajak. Pada sajak ini juga dikesan kurangnya kedalaman dalam penghuraian masalah serta ekspresi emosi penulis yang terhad. Dengan sedikit penambahbaikan dalam variasi gaya bahasa dan penghuraian masalah, sajak ini berpotensi menjadi lebih mendalam dan menyentuh hati pembaca. Sajak “Dia” karya Soh Wei Wen pula menyampaikan perasaan dan kekaguman terhadap seseorang yang istimewa melalui perumpamaan alam semula jadi. Penulis menggunakan gambaran awan gelap, pelangi, ribut taufan dan embun pagi untuk melukiskan peribadi dan kata-kata yang menenangkan daripada individu tersebut. Sajak ini menekankan tema kekuatan yang terdapat dalam kelembutan. Watak […]
1年前
语文出版局砂拉越分局与Newswire携手合作推广学习国文,2023年4月起,推出名为“语文的表达是文学的根基”(Bahasa Ekspresi Sastera Tunas)栏目。 有关栏目将在每个月推出一次。联办单位也欢迎民众通过扫描QR Code发送作品。 LIKU PERSAHABATAN SEJATI DAN SIFAT OPTIMISME DALAM SAJAK Oleh: Mohamad Faizal bin Jamil SAJAK “Ratapan Seorang Teman” karya Sim Siaw Phing mengandung makna mendalam tentang keperitan dan keindahan persahabatan. Sajak ini mengisahkan tentang pengalaman dan perasaan seorang teman yang telah melalui pelbagai suka dan duka dalam hubungan persahabatan. Selain itu, sajak ini juga menyentuh tentang keikhlasan dan harapan dalam persahabatan. Malah ia membawa mesej yang universal tentang nilai persahabatan yang sejati. Sajak ini mengangkat tema persahabatan yang berkait rapat dengan pengalaman peribadi dan emosi penulis. Penulis cuba untuk menyentuh hati pembaca dan mengajak mereka untuk merenung makna persahabatan, kebaikan hati dan perjalanan emosi dalam kehidupan. Sajak ini telah memberi beberapa pemikiran seperti ketenangan dalam kesunyian, kesedaran dan refleksi diri, pengajaran daripada kekecewaan, makna persahabatan dan keikhlasan, kesedaran tentang usia dan keletihan, dan cita-cita untuk membangunkan persahabatan yang ikhlas. Sajak “Ratapan Seorang Teman” menggunakan pelbagai gaya bahasa yang menjadikannya puitis, menyentuh hati dan penuh makna. Antaranya ialah metafora melalui ungkapan, “Abraham Lincoln dalam diriku sudah membisu” yang menggambarkan semangat juang dan keberanian yang telah hilang. Penulis juga mempersonifikasikan objek yang tidak bernyawa seperti ungkapan “lidahku kelu”, memberi gambaran lidah yang tidak dapat berkata-kata seolah-olah ia hidup. Terdapat juga gaya bahasa simile seperti kata “seperti” atau “bagai”. Selain itu, terdapat juga pengulangan yang digunakan untuk menekankan perasaan dan pemikiran seperti “namun aku sudah keletihan, dan tua telah tumbuh dari celah angka usia” menekankan keletihan fizikal dan emosional penulis. Penggunaan perbandingan antara dua idea yang berlawanan memberikan kesan yang kuat dalam sajak ini. Contohnya, “bisa lisanmu tetap membekas dan melukakan” berbanding dengan “aku terlalu baik hati” menunjukkan kontras antara kebaikan dan kesakitan. Gaya bahasa imejan digunakan untuk mencipta gambaran yang jelas dalam fikiran pembaca seperti ungkapan “mengukir senyum di wajah”. Kekuatan sajak ini adalah pada penggunaan bahasanya yang puitis dengan gaya bahasanya yang menarik. Selain itu, sajak ini berjaya memberi gambaran emosi yang kuat seperti perasaan kecewa, kesedihan dan keletihan penulis dengan jelas. Temanya yang relevan dan universal juga menjadi kekuatan sajak ini selain daripada kesatuan idea dan maknanya yang jelas rangkap demi rangkap. Namun, pengulangan idea yang menggambarkan kebaikan hati penulis dan keletihan yang dirasai boleh membuat pembaca sedikit bosan. Terdapat juga beberapa bahagian dalam sajak yang alirannya sedikit terputus, seperti peralihan antara perasaan kecewa dan harapan untuk ketenangan. Penyusunan yang lebih halus boleh membantu meningkatkan keharmonian aliran sajak. Secara keseluruhan, sajak “Ratapan Seorang Teman” ialah karya yang kuat dan penuh dengan emosi, yang berjaya menyampaikan tema persahabatan dan pencarian ketenangan dengan jelas dan berkesan. Sajak “Harapan” karya Then Jia Nin pula menggambarkan tentang kesan sebuah pengharapan sebagai sandaran kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala rintangan, serta membawa cahaya dalam kegelapan. Penulis menggambarkan harapan sebagai cahaya yang menerobos kegelapan, memberikan sinar kepada jiwa-jiwa yang sedang berjuang. Sajak ini mengangkat tema utama tentang kekuatan dan kesinambungan harapan dalam menghadapi cabaran hidup. Dari segi pemikiran, sajak ini mencerminkan kekuatan harapan, ketabahan dan sifat optimisme dalam mendepani kehidupan. Penulis menggunakan metafora untuk memberikan gambaran yang mendalam. Contohnya, […]
2年前
更多语文出版局